CARA BUAT WAINSCOTING SENDIRI (Berapa Bajet & Barang Kena Beli)

CARA BUAT WAINSCOTING SENDIRI (Berapa Bajet & Barang Kena Beli)

WAINSCOTING

Terkini bagi kebanyakan pemilik rumah dan pereka hiasan dalaman,  semestinya ingin membuat ruang atau bilik kelihatan lebih kemas dan menarik dan lebih penting ianya tampak gah dan premium. Salah satunya adalah membuat wainscoting. Disini kami akan kongsikan cara DIY wainscoting dengan bahan-bahan diperlukan, semoga membantu.

 

APA ITU WAINSCOTING

Wainscoting adalah susunan bingkai yang di pasang pada dinding, dan ia juga salah satu kemasan hiasan yang pasti mencantikkan lagi rumah anda. Ia sebenanrnya sudah muncul pada abad sebelum ini terutamanya di Eropah.

Tetapi, dengan kemajuan teknologi sekarang wainscoting mendapat perhatian semula, dengan design yang kelihatan mewah dan moden. Juga, dengan adanya teknologi wainscoting pasti memberi nafas dan makna yang baru kepada dinding yang hambar dan kosong. Selain daripada melindungi permukaan dinding daripada kotoran mahupun kulat, wainscoting telah menjadi seakan simbol status dan unsur prestij.

 

JENIS-JENIS WAINS COTING

Berikut  adalah merupakan jenis-jenisnya:

  1. Flat Panel
    • Menggunakan bingkai dinding rata atau flat panel wainscoat. Ia menawarkan reka bentuk yang lebih clean & sleek, mudah untuk diselenggara selain mudah disuai padan mengikut perubahan konsep kediaman.
  2. Bead Board
    • Dengan ciri yang simple dan santai, pasti memberi suasana lebih lapang dan fresh
  3. Raised Panel
    • Sesuai untuk rumah dengan gaya kolonial dan lebih tradisional. Ia akan kelihatan hebat di ruang makan atau pustaka sebuah kediaman yang ingin tampak mewah dan elegan.

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

Untuk DIY wainscoting, semestinya anda sediakan kompenan utama terlebih dahulu seperti:

  1. Wainscoting
    • Lebar 4cm
  2. Chair Rail
    • Lebar 8cm
  3. Silicon Sealent
    • Untuk menampal didinding
  4. Gap Filler
    • Untuk menutup lubang-lubang di celah wainscoting dengan dinding
  5. Gergaji dan milter box
    • Untuk mendapatkan hasil potongan yang kemas
    • Sekiranya bajet lebih boleh menggunakan miter saw
  6. Masking tape
    • Untuk menampal dan menahan wainscoting semasa melekat di dinding
  7. Cat
    • Ikut pilihan cat yang anda inginkan
  8. Line Laser (sekiranya ada)
    • Penanda untuk mendapatkan ukuran yang lurus

 

CARA DIY WAIN SCOTING SENDIRI

Setelah anda sediakan bahan-bahan seperti di atas, berikut adalah cara untuk mula projek DIY wainscoting:

Langkah 1:

  • Semestinya untuk pemulaan, pastikan anda sediakan plan wainscoting di dinding yang anda inginkan
  • Sebaiknya anda melukis terlebih dahulu di atas kertas sepaya memudahkan anda membuat rujukan

Langkah 2:

  • Setelah anda mempunyai design yang anda inginkan, pasangkan line laser untuk dapatkan garisan lurus pada dinding anda.
  • Sekiranya anda tidak mempunyai line laser, anda juga boleh menggunakan tali untuk dapatkan garisan yang lurus ataupun dengan menggunakan masking tape

Langkah 3:

  • Sapukan silicon sealent pada chail rail. Pastikan sapu dalam bentuk zip zap (contoh: ᴧvᴧvᴧ) dari hujung hadapan ke hujung belakang
  • Setelah siap sapunkan gam, tampalkan chail rail dinding. Pastikan ikut garisan lurus yang telah ditetapkan. Sekiranya guna line laser, pastikan ukuran hujung depan dan hujung belakang lurus
  • Setelah tampal, gunakan masking tape untuk kemaskan lagi chail rail yang ditampal di dinding sebelum gam kering supaya untuk kekalkan kedudukan chail rail
  • Ulangi proses menampal chail rail seterusnya sehingga selesai desing yang anda inginkan

Langkah 4:

  • Sekiranya chail rail yang diperlukan pendek atau ingin menyambung kedudukan seharusnya anda perlu memotong chail rail tersebut
  • Untuk membuat potongan lurus, tepat dan kemas, anda boleh menggunakan miter saw. Sekiranya tiada anda boleh menggunakan gergaji dan milter box
  • Untuk membuat potongan serong (45 darjah) yang tepat dan kemas, sebaiknya anda menggunakan miter saw supaya dapat disambung dengan kemas

Langkah 5:

  • Sekiranya bentuk wainscoting berbentuk frame, sebaiknya anda sambungkan terlebih dahulu chail rail yang telah dipotong tersebut supaya senang untuk ditampal dan didemokan di dinding terlebih dahulu.
  • Setelah kering anda boleh meneruskan proses menampal di dinding

Langkah 6:

  • Setelah tampal semua wainscoting mengikut design yang anda inginkan, untuk menerus proses seterusnya pastikan ianya betul2 kering terlebih dahulu sebelum anda mencabut masking tape tersebut
  • Kemudian anda boleh menutu cela iaitu lubang antara chail rail dengan dinding dengan menggunakan gap filler. Ini bagi memastikan supaya ia kelihatan kemas dan tidak berlubang

Langkah 7:

  • Setelah kering semuanya, anda boleh teruskan proses terakhir iaitu mengecat dinding anda mengikut pilihan warna yang anda inginkan
  • Pastikan anda mengecat sekurang-kurang dua lapisan cat supaya menampakkan warna yang lebih menarik

Begitulah penerangan ringkas mengenai cara DIY wainscoting, semoga ianya membantu anda untuk membuat rumah anda kelihatan menarik.

4 thoughts on “CARA BUAT WAINSCOTING SENDIRI (Berapa Bajet & Barang Kena Beli)”

Leave a Comment