CARA TAMPAL & SETERIKA LENCANA TAG NAMA SEKOLAH

CARA TAMPAL & SETERIKA LENCANA TAG NAMA SEKOLAH

CARA TAMPAL LENCANA TAG NAMA

Semestinya akan menjadi kebiasaan kepada anda apaliba tibanya musim sekolah sesi baharu, akan menampal lencana dan tag nama pada baju sekolah yang baru dibeli. Untuk menjahit lencana dan tag nama tersebut  akan memerlukan masa dan merumitkan sedikit. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara pastas iaitu hanya tampal dan seterika lencana dan tag nama tersebut, semoga membantu.

 

PASTIKAN ANDA MENGETAHUI PERKARA ASAS SEBELUM MENAMPAL 

Berikut adalah merupakan antara perkara asas yang perlu dititik beratkan dalam menampal lencana iaitu:

  • Kesesuaian jenis kain pakaian dan kain lencana
  • Barang-barang yang sedia ada dan menjimatkan kos
  • Tempoh masa yang anda perlukan untuk siap tampal lencana
  • Kepakaran atau kemudahan yang memudahkan anda
  • Posisi atau kedudukan lencara yang tepat dan diperlukan
  • Kos dan tenaga yang diperlukan

 

PANDUAN TAMPAL LENCANA & TAG NAMA SEKOLAH

Berikut adalah merupakan beberapa tips untuk rujukan anda sebebelum menampal lencana dan tag nama iaitu:

  • Pastikan anda menyemak kedudukan lencana sekolah dan tag nama sebelum anda tampal bagi mengelakkan kesilapan berlaku.
  • Pastikan semua barang yang diperlukan lengkap sebelum anda memulakan tampal agar urusan anda tidak tertangguh.
  • Pastikan baju, lencana dan tag nama bersih supaya tidak terkesan jika diseterika atau terkena gam / air.
  • Pilih salah satu cara tampal yang mudah untuk anda contohi. Jangan tersilap pilih. Pilihlah cara yang anda benar-benar yakin ia mudah, senang dan cepat dilakukan.
  • Pastikan anda menampal dengan kukuh supaya ia tidak mudah tertanggal dan tak perlu di tampal banyak kali lagi.

 

CARA TAMPAL LENCANA & TAG NAMA SEKOLAH

Berikut adalah merupakan beberapa cara DIY yang boleh digunakan untuk menampal lencana dan tag nama pada baju sekolah iaitu:

GUNACARA-CARA
Gam Fabrik, UHU
  • Gam fabrik bermaksud gam kain dimana anda boleh mendapatkannya di mana-mana kedai fabrik atau kedai aksesori jahitan
  • Letakkan alas di belakang baju / tudung sekolah.
  • Sapu sedikit gam di sekeliling lencana dan sedikit dot di belakang lencana
  • Kemduian tampalkan pada baju/tudung sekolah dan tekan-tekan sedikit dengan tangan
  • Seterusnya panaskan seterikan, alaskan terlebih dahulu lencana atu tag nama dengan kalin pelapik , kemudian gosokkan dengan seterika yang panas tersebut serata dan Pastikan dah melekat kuat.
Double Sided Tape
  • Tampal double tape pada lencana kemudian letak pada kedudukan baju yang ditetapkan.
  • Letak kain basah dan tekap dengan seterika.
  •  Buat berulang kali sampai lencana betul-betul melekat.
Adhesive Cloth
  • Potong adhesive cloth ini mengikut saiz lencana atau tag nama yang ingin ditampal.
  • Kemudian, letakkan di belakang lencana tersebut dan serika sahaja sehingga ia melekat.

 

ARTIKEL LAIN

CARA BUAT KOLAM RENANG UNTUK ANAK-ANAK (Murah & Mudah Urus)

Leave a Comment