CARA BERKESAN HILANGKAN TAHI LALAT (Pakaian & Fabrik)

CARA BERKESAN HILANGKAN TAHI LALAT (Pakaian & Fabrik)

TAHI LALAT PAKAIAN

Pernah tak terjadi pada pakaian atau fabrik anda bintik-bintik hitam atau lebih dikenali sebagai tahi lalat? Semestinya anda basuh banyak kali pun tahi lalat tersebut sukar ditanggalkan. Mesti anda ingin menegtahui cara untuk hilangkan tahi lalat ini. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY untuk hilangkan kesan tahi lalat pada pakaian atau fabrik, semoga membantu.

 

PUNCA TERJADI TAHI LALAT DI PAKAIAN

Biasanya tahi lalat atau kulat pada pakaian akan terjadi akibat kelembapan.  Semestinya anda mungkin tidak perasan ada pakaian basah atau lembap di dalam bakul baju yang dibiarkan selama beberapa hari ianya akan mula menjadi tahi lalat.

 

CARA DIY HILANGKAN TAHI LALAT

Berikut adalah merupakan beberapa cara untuk hilangkan kesan tahi lalat ini pada pakaian atau fabrik iaitu:

  1. Menggunakan Cuka
    • Pakaian
      • Campurkan 1 cawan cuka putih ke dalam 1 baldi air.
      • Rendamkan pakaian tersebut sekurang-kurangnya 1 jam.
      • Kemudian, cuci bahagian berkulat dengan menggunakan sabun pencuci / detergen.
      • Gunakan air yang sedikit hangat semasa memberus dan membilas pakaian supaya kulat lebih mudah ditanggalkan.
    • Fabrik (sofa atau langsir)
      • Masukkan larutan cuka ini ke dalam botol spray dan semburkan terus pada bahagian yang bertahi lalat.
      • Kemudian gosokkan dengan berus yang sesuai dan bilas seperti biasa dengan sabun detergen.
  2. Menggunakan Banking Soda
    • Buatkan pes baking soda.
    • Campurkan sedikit air pada baking soda dan terus sapukan pes ini pada bahagian pakaian atau fabrik yang berkulat.
    • Biarkan sapuan itu seketika dan kemudian beruskan seperti biasa.
    • Sekiranya tahi lalat tersebut masih belum tanggal, anda boleh menambahkan sedikit cuka putih pada serbuk baking soda tersebut.
  3. Menggunakan Jus Lemon dan garam
    • Perahkan sebiji lemon dan campurkan jus lemon tersebut dengan sedikit garam sehingga ia menjadi pes.
    • Gunakan pes ini untuk disapukan pada bahagian pakaian atau fabrik yang bertahi lalat kemudian beruskan seperti biasa.
    • Anda juga boleh merendamkan pakaian dalam larutan lemon dan garam bersama air suam selama 1 jam.
  4. Menggunakan Peluntur.
    • Larutkan sedikit peluntur bersama air dan gunakan berus untuk menanggalkan tahi lalat tersebut.
    • Taburkan sedikit sabun pencuci serbuk.
    • Sebaiknya anda gunakan air yang sedikit panas untuk membilas dan mencuci pakaian tersebut. Ulangi langkah ini beberapa kali sekiranya ia masih belum tanggal.
    • Sekiranya pakaian adalah daripada fabrik lembut dan sensitif, rendamkannya dalam larutan peluntur selama sekitar 20 minit, mengikut sukatan pada produk.
  5. Menggunakan Varnish
    • Sapukan ‘Vanish’ pada bahagian pakaian atau fabrik yang ada kesan kulat tersebut.
    • Biarkan seketika sekitar 5-10 minit. Kemudian, beruskan sedikit dan bilas.
    • Selepas itu, cuci seperti biasa dengan sabun pencuci.
    • Kemudian jemurkannya di bawah sinaran matahari untuk kesan yang lebih efektif.

 

ARTIKEL LAIN

CARA HAPUSKAN BAU BUSUK DALAM KERETA (Bagi Wangi & Segar)

Leave a Comment