CARA BUAT SAMPUL DUIT RAYA DIY (Guna Canva Template & Design)

CARA BUAT SAMPUL DUIT RAYA DIY (Guna Canva Template & Design)

SAMPUL DUIT RAYA

Kepada anda yang ingin membuat sampul duit raya sendiri, semestinya anda ingin mengetahui caranya. Disini kami akan kongsikan kepada anda satu aplikasi yang bersesuaian untuk DIY buat sampul duit raya, semoga membantu.

 

BAJET DIY SAMPUL DUIT RAYA

Dengan modal keseluruhan hanya RM5, anda dapat menghasilkan sampul raya yang cantik, menarik dan cute.

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

Bahan-bahannya pula sangat simple dan boleh didapati dengan mudah seperti:

  • Kertas pembalut hadiah
  • Gunting
  • Pisau
  • Gam
  • Kertas (120GSM Matte Art Paper / 140GSM Linen Paper / 130GSM Gloss Art Paper)

 

CARA DIY SAMPUL DUIT RAYA GUNA CANVA

Canva adalah sebuah platform pembuatan reka bentuk grafik dan kandungan penerbitan yang lebih mudah dan cepat daripada perisian grafik yang lain. Alat ajaib ini boleh anda gunakan secara dalam talian melalui desktop pelayar atau muat turun aplikasi mudah alih-nya melalui App atau Play Store. Selain itu, ia menawarkan dua versi iaitu versi percuma dan versi berbayar (Pro). Berikut adlaah merupakan cara untuk menggunakannnya:

  1. Layari pautan https://www.canva.com/ atau buka aplikasi Canva di telefon anda
  2. Pilih desing yang anda inginkan mengikut anda dari segi warna dan saiz. Anda juga boleh dapatkan desigan melalui pautan ini
  3. Setelah dibuat pilihan suntingkan semua design yang dipaparkan mengikut idea sendiri dengan memilih element-element tertentu seperti batik, bunga, cartoon dan lain-lain.
  4. Sekiranya berpuas hati dengan rekaan sendiri,anda boleh download dan print menggunakan kertas yang sesuai untuk sampul raya tersebut samada guna A4 Paper atau kertas pembalut hadiah
  5. Guntingkan dan lipatkan sampul raya mengikut lakaran yang telah disediakan. Kemudian boleh terus digunakan untuk duit raya atau digantung menjadi hiasan mengikut idea masing-masing

 

CARA DIY SAMPUL DUIT RAYA SENDIRI

Kepada anda yang ingin mencipta mendiri mengunakan kertas pembalut hadiah, berikut adalah merupakan caranya.

LANGKAH-LANGKAHGAMBAR
Lipatkan kertas pembalut hadiah menjadi 4 bahagian seperti yang ditunjukkan dalam gambar dan potong berpandukan tutorial tersebut.
Lipatkan kertas menjadi 3 bahagian supaya menjadi kepada 3 keping. Jadinya, setiap satu kertas pembalut hadiah akan menghasilkan dalam anggaran 12 keping sampul raya kreatif ini.
Lipatkan ia dengan kemas dari sudut kiri dan kanan, letakkan gam pada setiap bahagian yang dilipat dengan teliti dan kemas.
Manakala pada bahagian yang tidak digam pula, anda boleh memotong sedikit supaya sampul tersebut dapat ditutup dengan mudah tanpa sebarang masalah. Siap.

 

CONTOH TEMPLATE SAMPUL DUIT RAYA CUSTOM MADE

Anda boleh dapatkan comtoh templet melalui pautan di bawah:

  • Templete Sampul Raya
  • Pilih salah satu gambar sampul raya, print dan warnakan ia dengan warna-warna yang disukai
  • Guntingkan dan lipatkan sampul raya mengikut lakaran yang telah disediakan

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “CARA BUAT SAMPUL DUIT RAYA DIY (Guna Canva Template & Design)”

Leave a Comment