SAMAN EKOR PDRM RM300(Kena Bayar Ker Notis Saman K170A)

SAMAN EKOR PDRM RM300(Kena Bayar Ker Notis Saman K170A)

"PERBEZAAN

Terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) kini melaksanakan operasi saman tembak laju atau saman ekor di seluruh negara. Kepada pemandu  kenderaan di jalan raya, seharusnya anda hendaklah memandu mengikuti peraturan had laju yang ditetapkan supaya tidak berhadapan dengan tindakan saman tembak laju di seluruh negara.

 

APA ITU SAMAN EKOR

Samanekor merupakan notis kepada pemilik kenderaan untuk memberi maklumat butiran pemandu kenderaan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang melakukan kesalahan yang berkenaan. Notis ini akan dihantar ke alamat pemilik kenderaan yang terdapat dalam pangkalan data JPJ. Istilah rasmi ialah Notis Pol.170A.

 

PERBEZAAN SAMAN EKOR DAN SAMAN BIASA

Samanekor ini berbeza dengan proses saman biasa di jalan raya di mana anda tidak akan ditahan, sebaliknya surat saman akan dihantar terus kepada pesalah trafik secara pos berdaftar. Saman jenis ini dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju sahaja Manakala saman lain adalah yang dikeluarkan secara terus kepada pemandu kenderaan sejurus selepas kesalahan dilakukan.

 

TARIKH PERLAKSANAAN SAMAN EKOR

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman memaklumkan penguatkuasaan terhadap kesalahan memandu laju bagi pengeluaran notis K170A telah dikuat kuasa bermula Isnin 21 Ogos 2023.

 

JENIS KESALAHAN SAMAN EKOR

Saman ini dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke atas kesalahan memandu melebihi had laju yang ditetapkan sahaja.

 

KADAR BAYARAN SAMAN EKOR

Pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan melanggar had laju yang ditetapkan akan dikenakan saman kompaun sebanyak RM300.

 

LALUAN OPERASI SAMANEKOR

Operasi ini dilakukan mengikut Seksyen 79 (2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 dan pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan tersebut di jalan persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman.

 

PROSEDUR SAMAN EKOR (Notis Seksyen 115 – Pol 170A)

Berikut adalah merupakan prosedur pelaksanaan saman ini iaitu:

  • Kenderaan yang melakukan kesalahan dikenalpasti.
  • Notis dikeluarkan, disampaikan dan diserahkan kepada pemilik berdaftar kenderaan.
  • Dalam tempoh tujuh (7) hari pemilik kenderaan hendaklah memaklumkan butiran pemandu yang memandu semasa kesalahan dikatakan telah dilakukan.
  • Jika gagal memberikan maklumat setelah tamat tempoh boleh dikeluarkan saman kerana ingkar notis.

 

NOTIS PENYAMPAIAN SAMANEKOR

Kepada pesalah trafik yang dikesan melakukan kesalahan berkenaan di jalan Persekutuan dan lebuh raya akan dikenakan saman dan notis saman K170A yang akan diposkan ke alamat kediaman masing-masing.

 

CARA BAYARAN SAMAN EKOR

Semua kesalahan memandu melebihi had laju boleh dikompaun dan dijelaskan di mana mana bahagian trafik daerah di seluruh negara atau dibuat secara online menerusi Portal MyBayar Saman PDRM

 

ARTIKEL LAIN:

1 thought on “SAMAN EKOR PDRM RM300(Kena Bayar Ker Notis Saman K170A)”

Leave a Comment