PEST CONTROL SELANGOR KL (Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan)

PEST CONTROL SELANGOR KL (Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan)

PEST CONTROL SELANGOR KL

Kepada warga Selangor dan WP KL yang mengahadapi masalah anai-anai dirumah dan pelbagai cara telah dilakukan tetapi anai-anai tersebut masih lagi membiak ini akan merimaskan anda. Anai-anai ini boleh merosakkan struktur rumah. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara mengatasai masalah anai-anai dan cara menghapuskannya dengan menggunakan perkhidmatan pest Control, semoga membantu.

 

APA ITU PEST CONTROL

Pest Control atau Kawalan Pembasmian Serangga merupakan suatu bidang perkhidmatan yang bertanggungjawab mengendalikan serangga pemukiman. Bidang perkhidmatan ini diwujudkan untuk menjamin kelestarian alam dan keselamatan masyarakat daripada serangga atau hama yang mengganggu kediaman masyarakat.

 

JENIS PERKHIDMATAN PEST CONTROL

Pelbagai jenis perkhidmatan pest control yang tersedia dan berbeza antaranya ialah:

  • Pest control organik
  • Pest control kimia
  • Pest control biologi
  • Pest control elektronik.

NOTA: Kesemua perkhidmatan ini menggunakan kaedah pembasmian yang berbeza mengikut jenis serangga perosak yang ingin dihapuskan.

 

PUNCA ANAI-ANAI PERLU DIBASMI

Berikut adalah merupakan kepada masalah anai-anai ini perlu dibasmi iaitu:

  • Haiwan perosak ini boleh berkeliaran dan membiak secara tidak terkawal dan mengganggu kacau kediaman atau tempat masyarakat.
  • Gangguan serangga atau haiwan perosak ini bukan sahaja dapat menjejaskan kesihatan masyarakat, bahkan ianya juga dapat menjejaskan ekonomi negara dan kebersihan alam sekitar.
  • Serangga dan haiwan perosak yang wujud di sesuatu kawasan menunjukkan bahawa kawasan tersebut adalah kotor dan tidak diuruskan dengan baik.
  • Haiwan atau serangga perosak seperti semut, lipas, anai-anai, tikus, labah-labah, nyamuk dan seumpama dengannya boleh membawa penyakit yang berbahaya kepada masyarakat seperti penyakit denggi, malaria, asma, keracunan makanan dan banyak lagi. Ianya bahkan boleh membawa maut.

 

KELEBIHAN PERKHIDMATAN PEST CONTROL

Berikut adalah merupakan kelebihan menggunakan perkhidmatan ini:

  • Kaedah pembasmian haiwan perosak ini seperti spraying, thermal fogging, misting, baiting, dan dusting menggunakan bahan kimia yang boleh menghapuskan haiwan perosak secara serta merta.
  • Hal ini dapat membasmi haiwan perosak dari kawasan kediaman sekali gus menjamin kebersihan kawasan dan kesihatan penduduk.
  • Pest control ini dapat mengurangkan risiko berlakunya jangkitan penyakit berbahaya dalam kalangan masyarakat.
  • Perkhidmatan pest control adalah jangka masa panjang. Ia dapat menghapuskan haiwan perosak secara segera dan kemungkinan untuk adanya kembali haiwan perosak ini sangat tipis. Kawasan yang menjalankan proses pest control ini akan sentiasa bersih daripada haiwan perosak ini.

 

CARA MENGHAPUSKAN ANAI-ANAI DENGAN PERKHIDMATAN PEST CONTROL

Sekiranya anda memerlukan perkhidmatan pest control ini, berikut merupakan cara dan proses melakukan pest control di kediaman anda:

  • Pemeriksaan kawasan kediaman secara terperinci oleh individu yang ingin melakukan pest control terlebih dahulu.
  • Kawasan-kawasan penting yang berkemungkinan tinggi akan menjadi tempat pembiakan serangga perosak akan dititikberatkan dan difokuskan.
  • Pemeriksaan kawasan kejiranan juga akan diperiksa.
  • Setelah kenalpasti kawasan-kawasan perumahan, rawatan semburan akan mula dilakukan di kawasan-kawasan tertumpu terlebih dahulu seperti ruang tidur, ruang dapur, kawasan belakang rumah, dinding dan banyak lagi.
  • Rawatan ini akan dilakukan ke seluruh kediaman oleh Pest control ini. Langkah pencegahan mestilah dipraktikkan oleh penghuni rumah bagi mengelakkan pembiakan serangga perosak ini.

 

KADAR HARGA PEST CONTOL

Berikut adlaah merupakan kadar harga bagi perkhidmatan pest control ini terutamanya di Selangor dan KL iaitu:

  • Dalam lingkungan RM150 sehingga RM5000.

NOTA: Ianya bergantung kepada jenis haiwan perosak yang ingin dihapuskan, keluasan dan lokasi kawasan dan kekerapan lawatan bagi tujuan pest control.

 

PANDUAN ELAK ANAI-ANAI DI RUMAH

Bagi memastikan rumah anda bebas daripada anai-anai, anda boleh mencuba langkah berikut:

  • Kenalpasti kawasan pembiakan anai-anai, gunakan racun perosak anai-anai pada kawasan yang terdapatnya pembiakan anai-anai, sentiasa bersihkan bahan-bahan kayu, dedahkan perabot kayu pada cahaya matahari
  • Jika terdapat jalur kawasan anai-anai, letakkan minyak tanah bagi menghapuskannya dan mengelakkan daripada menjadikan tempat pembiakan anai-anai yang lebih besar.

ARTIKEL BERKAITAN:

1 thought on “PEST CONTROL SELANGOR KL (Masalah Anai-anai & Cara Menghapuskan)”

Leave a Comment