SENARAI MODIFIKASI MOTOSIKAL YANG HARAM DI SISI UNDANG UNDANG JPJ 2023(Ubah Suai Motor)

SENARAI MODIFIKASI MOTOSIKAL YANG HARAM DI SISI UNDANG UNDANG JPJ 2023(Ubah Suai Motor)

MODIFIKASI MOTOR

Pada masa kini banyak aktiviti tentang diubahsuai yang dilakukan terhadap motosikal dan boleh mengganggu kenteraman awam. Kini pihak berkuasa seperti Polis Trafik dan juga Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memaklumkan akan mengambil tindakan serta melakukan operasi bagi mengekang atau mengenal pasti mereka-mereka yang melakukan modifikasi berlebihan terhadap motosikal yang digunakan di atas jalan raya. Disini kami akan kongsikan kepada anda senarai modifikasi motor yang tidak dibenarkan, semoga membantu.

 

KENAPA TIDAK BOLEH MODIFIKASI MOTOR

Secara asasnya mana-mana kenderaan yang digunakan di atas jalan raya yang telah diubahsuai menyimpang daripada Vehicle Type Approval (VTA) adalah merupakan satu kesalahan. Secara ringkasnya, VTA merupakan kelulusan daripada JPJ yang membolehkan sesebuah kenderaan itu mula dijual dan digunakan di atas jalan raya, yang disahkan mematuhi peraturan-peraturan ditetapkan. Dan, sekiranya ada modifikasi yang ingin dibuat selepas itu, kenderaan perlulah mendapat kelulusan JPJ terlebih dahulu sebelum boleh digunakan di atas jalan raya.

 

AKTA KESALAHAN MODIFIKASI MOTOR

Akta Pengangkutan Jalan 1987 jelas menyatakan mana-mana individu tidak dibenarkan mengubah suai kenderaan sama ada motosikal atau kereta termasuk kenderaan komersial melebihi modifikasi yang ditetapkan.

 

JENIS KESALAHAN MODIFIKASI MOTOR

Berikut adalah merupakan jenis kesalahan modifikasi motor yang sering dilakukan oleh pemilik motosikal iaitu:

JENIS KESALAHANKETERANGAN
Tukar coversetJika coverset itu mengubah bentuk asal model motosikal terbabit, maka ia satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan.
Tiada cermin sisiTiada cermin sisi adalah satu kesalahan yang sangat jelas kerana cermin sisi merupakan kelengkapan yang berkait secara langsung dengan faktor keselematan ketika menunggang.
No plat pendaftaranMelibatkan ubahsuai visual no plat plat seperti dengan reka abjad-abjad fancy, permukaan berkilat, saiz huruf dan nombor yang kecil, timah “meleleh” dan lain-lain merupakan satu kesalahan.
Pengubahsuaian ekzosModifikasi seperti paip ekzos lurus dengan peredam dibuang dan melebihi kadar yang ditetapkan oleh undang undang. Ekzos bising juga kemungkinan besar menganggu ketenteraman orang lain terutamanya di kawasan perumahan.
Ubahsuai enjinKesalahan modifikasi enjin seperti menukar  piston, besarkan blok, tukar ECU dan sebagainya. Semua ini sangat jelas melanggar peraturan.
Menggunakan tayar sotongMenggunakan tayar sotong atau tayar yang terlalu kecil terang-terangan adalah satu kesalahan. Tayar yang lebih kecil tidak akan dapat menampung beban seperti yang sepatutnya, seperti mana rekaan asal motosikal itu untuk kegunaan di atas jalan raya.

 

JENIS PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL YANG TIDAK DIBENARKAN JPJ

Berikut merupakan 6 pengubahsuaian motosikal yang tidak dibenarkan JPJ:

  • Tidak menggunakan cermin pandang sisi
  • Menggunakan tayar terlalu kecil atau tayar sotong
  • Menukar ekzos biasa kepada ekzos yang berbunyi bising
  • Menukar swing arm untuk mengurangkan berat motosikal
  • Menukar blok motosikal untuk memberi lebih kelajuan
  • Menukar unit kawalan enjin (ECU) untuk mematikan batasan had laju (cut off) serta memberi lebih kelajuan

 

JENIS PENGUBAHSUAIAN MOTOSIKAL YANG DIBENARKAN JPJ

Berikut merupakan pengubahsuaian motosikal yang dibenarkan JPJ:

JENIS MODIFIKASIKETERANGAN
Upgrade kabelAntara modifikasi yang tidak menjadi kesalahan ialah apa-apa perkara yang melibatkan naik taraf tanpa mengganggu aspek teknikal lainnya. Sebagai contoh, sekiranya pemilik menukar kabel-kabel yang ada kepada jenis yang lebih berkualiti tinggi dan lebih cekap.
Tukar coversetSekiranya pemilik menukar coverset asal sesebuah model itu, dan sekiranya ia melibatkan penukaran warna dari yang didaftarkan sebelumnya, maka dalam tempoh tujuh hari pemilik perlu memaklumkan kepada JPJ.
Pemasangan Brek Disc BelakangPemasangan disc brake belakang adalah dibenarkan dan tidak perlu kelulusan JPJ tetapi pastikan disc yang dipakai tidak terlampau besar dari size disc depan.
Pemasangan Footrest racingPemasangan footrest adalah dibenarkan dan tidak perlu dapatkan kebenaran JPJ.

 

DENDA HUKUMAN MODIFIKASI MOTOR

Pemilik boleh dikenakan denda tidak kurang RM300 dan tidak lebih RM3,000 sebelum boleh mengambil semula motosikal mereka, dan dalam masa tujuh hari motosikal terbabit perlu diubah kembali kepada spesifikasi asal dan dibawa untuk pemeriksaan JPJ bagi mendapatkan kelulusan. Denda maksimum untuk ini boleh mencecah RM20,000.

Jika modifikasi motosikal secara berlebihan ini ditemui di atas jalan raya dan diperiksa on-the-spot oleh pihak berkuasa, maka pihak berkuasa berhak untuk untuk menyita motosikal anda.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Senarai Kesalahan Modifikasi Motosikal, anda boleh melayari portal rasmi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment