LUPA USERNAME PASSWORD SHOPEE(Cara Dapatkan Akaun Tanpa Verifikasi Email)
Pembelian secara online pada masa sekarang amat menggalakkan. Antara salah satu platrom yang digemari oleh pengguna adalah Shopee. Sudah semestinya untuk menggunakan platform ini anda seharusnya daftar akaun dahulu dan log masuk untuk membuat pembelian. Tetapi bagaimana jika anda lupa username atau password akaun shopee anda? Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga emmbantu.
KELEBIHAN BELI DI SHOPEE
Antara kelebihan menggunakan platform Shopee adalah:
- Kepelbagaian produk pada harga yang sangat berpatutan.
- Setiap pembelian dilindungi oleh Shopee Guarantee di mana pembayaran anda disimpan oleh sistem kami dan hanya akan dibayar kepada penjual apabila anda menerima produk dalam keadaan yang baik.
- Kemudahan penghantaran percuma sehingga 5kg di Semenanjung Malaysia dan 1kg di Sabah dan Sarawak.
- Shopee Mall menyediakan produk-produk berjenama yang tulen pada harga yang sangat berpatutan.
- Kempen jualan yang memberikan anda diskaun harga yang hebat. 7 Orange Madness, 9.9 Super Shopping Day, 10.10 Brands Festival, 11.11 Big Sale, 12.12 Birthday Sale, Raya Sale dan
MUAT TURUN APLIKASI SHOPEE
Untuk memudahkan urusan pemilihan barangan dan pembelian melalui handphone, anda boleh istall aplikasi Shopee. Berikut adalah link muat turun (download) aplikasi Shopee
- Google Play Store bagi pengguna android
- Apple Store bagi penggunan IOS
CARA RESET LUPA USERNAME & PASSWORD SHOPEE
Sekiranya anda terlupa username dan password shopee anda, berikut adalah merupakan cara untuk daptkan kembali iaitu:
- Buka aplikasi shopee di telefon anda
- Pada paparan utama, klik pada Me dan seterusnya klik Login
- Seterusnya klik pada Log In With Phone
- Kemudian masukkan no telefon yang anda gunakan untuk daftar akaun shopee tersebut, danklik Next.
- Paparan pop up pengesahan akan tertera, klik pada Send
- Masukkan no OTP yang diterima melalui whatsapp tersebut
- Selesai, anda telah berjaya log masuk akaun anda tanpa verifikasi melalui email.
CARA SEMAK USERNAME SHOPEE
Kepada anda yang ingin menyemak username anda, berikut adlaah merupakan caranya:
- Buka aplikasi shopee di telefon anda
- Pada paparan utama, klik pada Me
- Anda boleh mencari nama pengguna Shopee anda di bahagian kiri atas
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat mengenai panduan terlupa username dan password Shopee, anda boleh merujuk pada pautan Shopee MY Help Center
ARTIKEL LAIN: