KERETA TOTAL LOSS(Apa yang Perlu Buat & Cara Claim Kira Pampasan)

KERETA TOTAL LOSS(Apa yang Perlu Buat & Cara Claim Kira Pampasan)

KERETA TOTAL LOSS

Sekiranya kereta anda diistiharkan total loss, sudah semestinya anda ingin mengetahui tindakan yang harus dilakukan dan cara kira pampasan. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.

 

MAKSUD TOTAL LOSS

Sesebuah kenderaan akan diisytiharkan total loss oleh syarikat insurans sekiranya kenderaan tersebut tidak selamat, tidak dapat dibaiki atau kos anggaran untuk baik pulih kereta tersebut melebihi nilai tunai sebenar kenderaan tersebut. Nilai tunai sebenar kenderaan dalam konteks ini merujuk pada amaun yang akan dibayar oleh syarikat insurans jika kenderaan anda total loss. Dalam erti kata lain, kereta anda Beyond Economic Repair (BER) atau Tidak Dapat Dibaiki Secara Berhemat.

 

KATAGORI KEADAAN KERETA TOTAL LOSS

Berikut adalah merupakan situasi keadaan kenderaan anda dikatagorikan total loss oleh pihak insurans iaitu:

  • Kenderaan Alami Kerosakan Teruk dan Tidak Selamat untuk Dibaiki
  • Kenderaan Masih Boleh Dibaiki, Tetapi Kos Pembaikan Melebihi Nilai Tunai Sebenar

 

KADAR PAMPASAN KERETA TOTAL LOSS

Sekiranya kereta anda diisytiharkan total loss, anda boleh membuat tuntutan pampasan daripada syarikat insurans anda. Kadar tuntutan pampasan bergantung kepada polisi insurans yang anda gunakan.

Namun, jika kereta anda dilindungi oleh Polisi Pihak Ketiga, Kebakaran atau Kecurian atau Polisi Pihak Ketiga sahaja, ia tidak melayakkan anda untuk membuat tuntutan kepada syarikat insurans.

 

CARA KIRA PAMPASAN KERETA TOTAL LOSS

Proses tuntutan tertakluk pada polisi insurans anda. Jumlah pampasan yang akan diterima ditentukan berdasarkan jumlah perlindungan atau sum insured kereta berdasarkan dua situasi iaitu:

Nilai Pasaran Kereta (Market Value)Sekiranya jumlah perlindungan kereta anda berdasarkan nilai pasaran atau market value, jumlah pampasan akan dibayar mengikut nilai pasaran kereta ketika kereta anda total loss
Nilai Dipersetujui (Agreed Value)Jika anda memilih nilai dipersetujui atau agreed value pula, anda akan menerima jumlah pampasan mengikut jumlah perlindungan (sum insured). Amaun ini tidak akan terjejas meskipun nilai pasaran semasa kereta anda telah susut nilai.

NOTA: Tuntutan total loss hanya boleh dibuat oleh pemilik kenderaan sekiranya dilindungi Polisi Insurans Komprehensif.

 

DOKUMEN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut semasa membuat proses tuntutan total loss iaitu:

  • Borang Penyata Pertukaran Milikan Kenderaan Motor Selain Daripada Pindah Milik Secara Sukarela Oleh Pemunya Berdaftar (JPJ K3A) (dua salinan);
  • Borang Permohonan Pembatalan Pendaftaran Kenderaan (JPJ K1C) (salinan) – jika berkenaan;
  • Polisi insurans (salinan asal);
  • Geran kereta atau sijil pemilikan kenderaan (salinan asal);
  • Surat pelepasan daripada syarikat sewa beli – jika berkenaan;
  • Salinan kad pengenalan (disahkan oleh Pesuruhjaya Sumpah);
  • Kunci kenderaan asal (dua set).

NOTA: Senarai dokumen yang diperlukan ini mungkin berbeza bergantung pada syarikat insurans anda.

 

CARA TUNTUTAN INSURANS KERETA TOTAL LOSS

Kepada anda yang ingin membuat tuntutan, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Tuntutan insurans perlu dibuat di bawah Own Damage Claim (atau Tuntutan Kerosakan Sendiri)
  2. Setelah syarikat insurans meluluskan tuntutan anda, tawaran jumlah pampasan akan dibuat. Jika anda bersetuju dengan pampasan yang ditawarkan, anda perlu sertakan beberapa dokumen tambahan yang diperlukan
  3. Setelah selesai, syarikat insurans akan memproses bayaran pampasan kepada anda.
  4. Sekiranya anda masih mempunyai baki hutang pinjaman kereta dengan pihak bank, pihak insurans akan membuat bayaran kepada pihak bank mengikut jumlah pampasan yang dipersetujui.

 

BOLEH KE BUAT TUNTUTAN KERETA TOTAL LOSS JIKA DIPANDU ORANG LAIN

Secara asasnya boleh dibuat tuntutan. Anda masih boleh buat tuntutan insurans sekiranya berlaku kemalangan total loss semasa kenderaan dipandu oleh orang lain.

Walau bagaimanapun, jika pemandu tersebut tidak dinamakan dalam polisi atau anda tidak mempunyai perlindungan insurans semua pemandu (all driver coverage), anda perlu membayar ekses wajib sebanyak RM400 kepada syarikat insurans anda.

 

ARTIKEL LAIN:

2 thoughts on “KERETA TOTAL LOSS(Apa yang Perlu Buat & Cara Claim Kira Pampasan)”

Leave a Comment