KAD CIDB STUDENT HILANG TAMAT TEMPOH(Permohonan Gantian & Harga Renew)

KAD CIDB STUDENT HILANG TAMAT TEMPOH(Permohonan Gantian & Harga Renew)

KAD CIDB

Kad CIDB merupakan perkara yang wajib dimiliki oleh sesiapa yang berurusan di tapak perbinaan. Kegagalan mempamerkan kad ini boleh dikenakan tindakan undang-undang. Kad ini juga merupakan jaminan sekiranya berlaku kemalangan atau musibah di tempat kerja. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara membuat permohonan kad hijau dan juga pengagantian kad, semoga membantu.

 

APA ITU KAD HIJAU CIDB

Kad Hijau CIDB adalah kad yang dikeluarkan oleh CIDB. Ia adalah satu-satunya Safety Passport yang rasmi dan diterima pakai oleh pihak Industri Pembinaan. Untuk memiliki kad ini seseorang diwajibkan mengikuti kursus SICW (Safety Induction for Construction Workers) selama sehari.

 

SYARAT KELAYAKAN KAD HIJAU CIDB

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan untuk memiliki kad hijau CIDB ini iaitu:

  1. Memiliki dokumen pengenalan diri
    • Kad Pengenalan Malaysia.
    • Pasport dengan permit kerja yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia.
    • Pas IMM13P.
  2. Had umur mendaftar sebagai personel binaan di Semenanjung Malaysia adalah 18 tahun dan ke atas. Bagi di negeri Sabah, Sarawak dan Pelatih Binaan adalah 16 Tahun dan ke atas pada tarikh permohonan.
  3. Mempunyai salah satu sijil keselamatan pembinaan seperti:
    • Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (SICW);
    • eLearning Kursus Induksi Keselamatan dan Kesihatan Pekerja di Tapak Bina (eSICW);
    • eSICW CIDB Holdings (eSICW CIDBH); atau
    • Sijil/ pasport keselamatan yang diiktiraf CIDB.
  4. Melaksanakan kerja-kerja pembinaan.
  5. Mematuhi undang-undang dan peraturan dari CIDB.

 

TEMPOH SAH PENDAFTARAN KAD HIJAU CIDB

Berikut adalah merupakan tempoh sah pendaftaran kad hijau ini mengikut katagori iaitu:

  1. Pemegang Kad Pengenalan Malaysia:
    • Tempoh pendaftaran adalah minimum, 1 tahun sehingga maksimum, 5 tahun bagi permohonan baru/pembaharuan.
    • Tarikh tamat pendaftaran adalah berdasarkan tarikh lahir pemohon.
  2. Permit Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS)/ Pas Penggajian (EP):
    • Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat permit.
  3. IMM13P
    • Tempoh pendaftaran adalah berdasarkan tarikh tamat pas.

 

KOS BAYARAN PERMOHONAN KAD HIJAU CIDB

Di bawah adalah jadual kos pembayaran yang disediakan oleh CIDB:

  • Kursus + Tempoh Kad 1 Tahun = RM 150.00 ~ RM 200.00
  • Kursus + Tempoh Kad 2 Tahun = RM 185.00 ~ RM 235.00
  • Kursus + Tempoh Kad 3 Tahun = RM 235.00 ~ RM 285.00
  • Kursus + Tempoh Kad 4 Tahun = RM 275.00 ~ RM 325.00
  • Kursus + Tempoh Kad 5 Tahun = RM 310.00 ~ RM 350.00

 

CARA PERMOHONAN KAD HIJAU CIDB

Berikut adalah merupakan cara untuk untuk membuat permohonan CIDB Green Card iaitu::

  1. Layari pautan CIMS CIDB
  2. Log masuk meggunakan ID Pengguna dan kata laluan anda. Bagi pengguna baharu hendaklah daftar terlebih dahulu.
  3. Pada menu utama, pilih pada ‘Detail Competency Management’
  4. Klik pada permohonan kursus
  5. Kemudian pilih senarai kursus yang tersedia daripada senarai
  6. Lengkapkan maklumat seperti nama anda, no. kad pengenalan, alamat dan no. telefon
  7. Seterusnya pemohon perlu membuat pembayaran yuran kursus secara online atau di kaunter CIDB Negeri
  8. Pemohon yang telah membuat bayaran sahaja dibenarkan untuk hadir ke kursus berdasarkan maklumat yang dinyatakan dalam sistem
  9. Semakan status permohonan boleh dibuat dengan menghantar emel beserta nama dan no. kad pengenalan ke [email protected]

Nota: Bayaran hendaklah dilakukan selawat-lewatnya 3 hari sebelum tarikh kursus dijalankan dan resit bayaran boleh dimuat turun daripada sistem permohonan.

 

KADAR HARGA RENEW KAD HIJAU CIDB

Di bawah adalah jadual kos pembaharuan yang disediakan oleh CIDB:

  • 1 Tahun = RM 85.00
  • 2 Tahun = RM 135.00
  • 3 Tahun = RM 185.00
  • 4 Tahun = RM 225.00
  • 5 Tahun = RM 250.00

 

CARA RENEW KAD HIJAU CIDB

Sekiranya anda ingin membuat pembaharuan secara online, berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan CIMS CIDB
  2. Pada paparan utama klik pada Pembaharuan
  3. Isikan segala maklumat yang diperlukan pada ruangan tersedia
  4. Ikuti proses pembayaran sehingga selesai.

 

KADAR HARGA PENGGANTIAN KAD HIJAU CIDB (Hilang/Rosak)

Di bawah adalah jadual kos pembaharuan yang disediakan oleh CIDB:

  • 1 kali ganti = RM 120.00
  • 2 kali penggantian = RM 240.00
  • 3 kali & seterusnya penggantian = RM 360.00

 

CARA PENGGANTIAN KAD HIJAU CIDB

Anda boleh memohon kad gantian baharu jika kad anda rosak atau hilang. Berikut adalah merupakan caranya:

  1. Layari pautan CIMS CIDB
  2. Isikan maklumat pemegang kad hijau
  3. Buat Pembayaran dalam talian
  4. Proses penggantian baharu untuk kad hijau akan diproses
  5. Terima pas sementara CIDB
  6. Kad Hijau penggantian lengkap dihantar melalui pos
  7. Terima penggantian Kaad Hijau CIDB

 

BAGAIMANA JIKA KAD HIJAU CIDB TAMAT TEMPOH?

Jika kad anda telah tamat tempoh, anda perlu memperbaharuinya untuk terus bekerja dalam industri pembinaan di Malaysia. Bagi tamat tempoh melebihi 10 tahun dan ke atas diwajibkan mengambil kursus semula.

 

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut mengenai kad hijau CIDB , anda boleh melayari pautan rasmi CIDB Green Card atau anda boleh menghubungi Setia Urus Services atau di talian hotline 016 568 7189

ARTIKEL LAIN:

Leave a Comment