HARGA UKUR TANAH SELANGOR(Semak Jadual Fee Senarai Jurukur Tanah Berlesen)
Kepada anda yang ingin mendapatkan perkhidmatan jurukur tanah di kawasan Selangor, semestinya anda akan menyemak terlebih dahulu berkenaan kadar harga ukur tanah Selangor dan juga menyemak juukur berlesen. Disini kami akan kongsikan kepada anda caranya, semoga membantu.
ASAS KERJA UKUR TANAH
Asas kerja ukur tanah adalah terdiri dari 2 bahagian kawalan yg perlu dilakukan apabila membuat sesuatu kerja ukur iaitu kawalan horizontal iaitu kawalan dari segi penggunaan bearing, jarak dan koordinit X,Y yg tepat mengikut Pelan Akui ( PA ). Kawalan horizontal ini perlu dilakukan dengan mencari 3 batu sempadan yg masih berkeadaan baik mengikut PA dan mematuhi jarak serta sudut yg dibenarkan. Dengan mempunyai 3 batu sempadan yg terbukti berkeadaan baik bakal mewujudkan apa yg dinamakan sebagai datum permulaan kepada pengiraan bearing, jarak dan juga koordinit.
KADAR HARGA UKUR TANAH SELANGOR
Untuk makluman anda, kadar asas ukur tanah mempunyai 3 faktor utama dan kos sampingan yang akan dinilai dan dikirakan jumlahnya. Antara faktor penentuan harga adalah:
Luas Tanah | Harga minima bagi luas tanah 1 ekar yang pertama atau sebahagiannya adalah : RM 600 – 800 **. Jika luas kurang 1 ekar contohnya ½ ekar atau ¼ ekar, harga akan dikira sebagai harga minima juga. Jika luas lebih 1 ekar baru ada tambahan harga : RM 100 / 0.25 Ekar ** ( Harga bagi kerja ukur tanah sahaja tidak termasuk harga penyediaan pelan mengikut kawasan tertentu ) |
Lokasi Tanah | Jika lokasi tanah terletak jauh dari bandar / kampung ( pertempatan ) atau tiada jalan masuk yang mudah untuk sampai ke lokasi, ada tambahan harga : RM 200 / Per Ekar |
Geografi (Bentuk Mukabumi) | Faktor geografi adalah seperti semak samun, hutan belukar, bukit bukau, paya bakau di pinggiran sungai atau pantai dan lain-lain keadaan. Jika lokasi terdapat faktor geografi ada tambahan harga : RM 200 / Per Ekar |
Kos Sampingan Lain |
|
DOKUMEN DIPERLUKAN UKUR TANAH SELANGOR
Untuk membuat permohonan ukur tanah, pastikan anda sediakan dokumen asas yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan geran tanah ( semua mukasurat / jika ada )
- Lain-lain dokumen yang berkenaan ( jika ada )
- Dokumen tambahan seperti berikut jika pelanggan mahu membuat kerja ukur yang membabitkan ‘pecahan bahagian’
- Salinan pelan pecah bahagian ( jika pelan sudah pernah dibuat )
- Lakaran kasar bentuk, kedudukan dan keluasan setiap pecahan bahagian yang hendak dibuat ( jika belum ada pelan pecah bahagian )
SEMAKAN SENARAI JURUKUR TANAH BERLESEN SELANGOR
Kepada anda ingin mengunakan perkhidmatan juruukur yang berdaftar, berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan iaitu:
- Layari pautan Lembaga Jurukur Tanah Malaysia
- Isikan maklumat yang diperlukan pada bahagian Side Menu
- Setelah lengkap klik Search. Papaan maklumat jurukur berdaftar tersedbut akan tertera.
ARTIKEL LAIN:
3 thoughts on “HARGA UKUR TANAH SELANGOR(Semak Jadual Fee Senarai Jurukur Tanah Berlesen)”