CARA HAPUSKAN BAU BUSUK DALAM KERETA (Bagi Wangi & Segar)

CARA HAPUSKAN BAU BUSUK DALAM KERETA (Bagi Wangi & Segar)

HAPUSKAN BAU DALAM KERETA

Adakah kereta anda berbau busuk? Kerana bau yang kurang menyenangkan dalam kereta ini boleh menyebabkan rasa mual dan tidak selesa pada penumpang. Semestinya anda mencari-cari cara mudah untuk atasi bau yang kurang menyenangkan ini. Disini kami akan kongsikan cara DIY untuk anda hapuskan bau busuk dalam kereta anda supaya bagi wangi dan segar, semoga membantu.

 

BAHAN DIPERLUKAN

Anda boleh dapatkan pewangi kereta Aeropack AirCon Fresh. Ianya ada dijual dekat MR. DIY dengan harga RM 11.50 (mengikut pasaran semasa). Produk ni dikatakan mampu neutralise bau dalam kereta dan buatkan kereta wangi tanpa sebarang pewangi tambahan.

 

CARA DIY HAPUSKAN BAU DALAM KERETA

Setelah anda dapatkan produk Aeropack AirCon Fresh ini, berikut adalah merupakan cara penggunaannya:

  1. Hidupkan enjin kereta anda dan pasang aircond ke tahap paling maksimum.
  2. Pastikan anda tutup rapat semua cermin dan pintu kereta anda.
  3. Ambilkan Aeropack AirCon Fresh, buka penutup dan tekan pin pada muncung spray ke bawah sehingga bunyi click.
  4. Semburan dari spray tersebut akan keluar sendiri. Tutup kembali pintu kereta dan tunggu sampai sembuaran tersebut habis.
  5. Setelah habis semburan, tunggu antara 2-5 minit sebelum anda buka pintu kereta.
  6. Seterusnya buka semua cermin kereta anda supaya memberikan pengudaraan yang elok.
  7. Sekiranya terdapat kesan-kesan spray pada cermin kereta, anda boleh lapkan terlebih dahulu.
  8. Selesai, kereta anda kini berbau wangi dan telah naturalkan bau tak sedap dalam kenderaan termasuk asap rokok, muntah, lembapan, bau makanan, najis anak dan macam-macam lagi.

NOTA: Bau bagi produk ini adalah berbau lemon fresh dan ianya tidak terlalu tajam dan juga menyegarkan.

 

CARA HILANGKAN BAU DALAM KERETA GUNA BAHAN SEMULAJADI

Sekiranya anda inginkan hilang bau kereta menggunakan bahan semulajadi, anda boleh mencuba dengan cara berikut:

  1. Soda Penaik (Banking Soda)
    • Taburkan soda penaik ini ke atas lantai kereta ataupun pada bahagian yang berbau. Biarkan selama 2-3 jam sebelum vakum kereta.
    • Anda juga boleh menggunakan satu bekas yang berisi soda penaik dan biarkan ia di lantai kereta anda secara terbuka.
  2. Daun Pandan
    • Ikatkan daun pandan tersebut dan letakkannya di dalam kereta anda. Pastikan anda menggantikannya dalam tempoh 2-3 minggu.
    • Untuk mendapatkan kesan yang maksimum, anda boleh hiriskan daun pandan kecil-kecil dan letakkannya di dalam beg kain yang berlubang-lubang.
  3. Daun Limau Purut
    • Anda boleh hiriskan daun limau purut ini, letakkannya di dalam beg kain yang berlubang-lubang dan simpan di bawah tempat duduk atau bonet kereta.
  4. Lemon atau Limau Kasturi
    • Perahkan pati lemon ataupun limau kasturi dengan sedikit air dan campurkan dengan sedikit cuka.
  5. Serbuk Teh atau Kopi
    • Letakkan serbuk kopi atau teh ke dalam kain uncang dan letakkan di dalam kereta anda. Anda juga boleh menggunakan uncang teh/kopi yang sedia ada.
  6. Arang
    • Anda hanya perlu mengambil beberapa ketul arang dan letakkannya di dalam bekas dan biarkan ia terbuka di lantai kereta anda.
  7. Anginkan atau Jemur
    • Buka pintu kereta anda dan hidupkan enjin.
    • Biarkan kipas penghawa dingin kereta berpusing pada kelajuan maksimum selama 5 minit.

 

ARTIKEL LAIN

CARA CUCI SEAT KERETA (Bersihkan Kotoran Modal Rendah)

3 thoughts on “CARA HAPUSKAN BAU BUSUK DALAM KERETA (Bagi Wangi & Segar)”

Leave a Comment