CARA DIY ELAK KUCING BERAK DI LAMAN RUMAH (Murah & Berkesan)

CARA DIY ELAK KUCING BERAK DI LAMAN RUMAH (Murah & Berkesan)

ELAK KUCING BERAK

Kucing kebiasaanya merupakan binatang peliharaan yang kebanyakkan disukai oleh ramai orang. Tapi bagi kawasan laman rumah anda yang seringkali dijadikan tempat berak kucing liar ini semestinya tidak tahan dengan baunya tambahan pula apabila terpijak najis tersebut.

Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY untuk menghalau atau elakkan kucing liar tersebut berak di laman anda, semoga membantu.

 

ADAKAH NAJIS KUCING BAHAYA?

Untuk makluma, terdapat ebberapa Jangkitan yang akan terkesan dari najis kucing ini iaitu:

ToxoplasmaParasit yang terdapat di dalam najis kucing yang sudah dihinggapinya parasit ini di dalam badannya.Bersnetun secara terus najisnya boleh menyebabkan ianya terserebak kepada kita kerana terlekat pada tangan kita
RoundwormCacing-cacing ni juga terdapat didalam najis kucing dan juga najis anjing.Kita terjangkit jika tersnetuh najisnya yang sudah mempunyai larva telur yang terbentuk dalam masa 2-3hari selepas kucing membuang air besar.
HookwormCacing-cacing jenis ini juga terdapat di dalam najis kucing dan kesan awal kepada kita merasa gatal-gatal kulit kerana larva menyerap masuk.

 

 

PETUA UNTUK ELAK KUCING BERAK LAMAN RUMAH

Berikut adalah beberapa petua yang anda boleh DIY untuk elakkan kucing berak di laman rumah anda iaitu:

BAHANCARA GUNA
Air Merah/SirapCampur air sirap/pewarna dengan air dan letak dalam botol. Pastikan warnanya pekat dan letak di tempat biasa kucing datang.
Minyak TanahLetak minyak tanah di tempat yang berumput/tanah sahaja.
Ubat GegatTaburkan di kawasan luar rumah yang biasa kucing datang.
Ubat Halau KucingLetak ubat halau kucing di tempat biasa kucing berak.
Air CukaCampur air cuka dengan air dan sembur di tempat yang telah dibasuh.
Air Clorox (Peluntur)Campur peluntur dengan air dan tuang di tempat yang kucing telah berak.
Serai WangiSembur atau letakkan di tempat kucing suka berak.
Limau KasturiPerah beberapa biji limau kasturi dan sembur di tempat yang selalu ada najis kucing. Jangan campur dengan air.
Minyak Goreng IkanSiram minyak di kawasan kucing suka berak.
Serbuk Sulfur (Belerang)Taburkan di penjuru dinding atau di halaman rumah.
Lada HitamDidihkan air dan masukkan 1-2 sudu besar lada hitam. Campur bersama-sama dan sembur di tempat kucing biasa berak.
Serbuk Pencuci BajuTaburkan serbuk pencuci baju di halaman rumah yang kering.
Semburan AirApabila anda melihat kucing yang baru ingin membuang najis, terus ambilkan air dan semburkan ke kucing tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

CARA HAPUSKAN BAU BUSUK DALAM KERETA (Bagi Wangi & Segar)

1 thought on “CARA DIY ELAK KUCING BERAK DI LAMAN RUMAH (Murah & Berkesan)”

Leave a Comment