DIY KIPAS SILING SLOW (Cara Lajukan Sejuk Kos Rendah)

DIY KIPAS SILING SLOW (Cara Lajukan Sejuk Kos Rendah)

DIY KIPAS

Adakah kipas siling anda berpusing perlahan? Untuk menukar kipas siling baru sudah tentunya memerlukan kos yang tinggi tambahan pulak jika ditambah lagi dengan kos upah pemasangan. Jadi sekiranya anda berminatkan untuk membaiki sendiri kipas tersebut tanpa bantuan orang lain sebagai cara menjimatkan kos, di sini kami akan kongsikan DIY cara repair kipas angin siling slow bagi pelbagai jenama, semoga membantu.

 

JENIS KEROSAKAN KIPAS SILING

Terdapat 3 keadaan yang mana akan menyebabkan kipas anda terjadinya masalah iaitu:

  • Kerosakan pada Kapasitor
  • Kerosakan Thermal Fuse Blow
  • Kerosakan motor

 

BAHAN DIPERLUKAN UNTUK BAIK KIPAS SILING SLOW

Pastikan anda sediakan bahan utama yang diperlukan untuk DIY baiki kipas siling anda iaitu:

  1. Tangga
  2. Screw Driver
  3. Kapasitor (pastikan beli ikut UF kipas asal anda)

 

CARA BAIKI DIY KIPAS SILING SLOW

Untuk makluman anda, kebiasaan kipas siling menjadi berputar perlahan adalah disebabkan oleh masalah pada kapasitor. Pastikan anda membeli kapasitor yang bersesuaian dnegan kipas anda. Berikut adalah cara untuk baiki kipas siling anda:

Langkah 1:

  • Buka penutup muka kipas anda terlebih dahulu. Pusingkan ikut arah lawan jam. Ini kerana board dan kapasitor berada di bahagian dalam.
  • Setelah berjaya dibuka, cabutkan klip dan bersambungan supaya anda dapat membawa turun board kipas tersebut.

Langkah 2:

  • Setelah bawa board tadi turun, letakkan di atas meja supaya memudahkan anda untuk membuka kapasitor. Kapasitor selalunya berbentuk petak dan bewarna hitam serta mempunya dua wayar dan kebiasaanya bewarna kelabu dan merah.
  • Sebelum anda menukar kapasitor, sebaiknya anda pastikan UF kapasitor lama dan baru adalah sama. Sekiranya anda membeli terlalu tinggi ia akan menyebabkan kipas berputar melebihi kemammpuannya dan akan jadi cepat rosak

Langkah 3:

  • Cabutkan sambungan kapasitor lama anda dan seterusnya pasangkan capasitor baru anda dan pastikan ikatan sambungan anda kemas dan dibalut dengan salotep hitam elektrik

Langkah 4:

  • Setelah siap tukar kapasitor, langkah akhir adalah pasangkan kembali board tersebut pada kipas siling anda.
  • Pastikan anda pasangkan kembali mengikut cara anda membukanya dan pastikan semuas skur dimasukkan.
  • Setelah siap anda boleh cuba hidupkan kipas anda dan tgk lah hasilnya. Kipas siling anda akan kembali berputar dengan laju. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

SALURAN AIR TERSUMBAT?(Boleh Settle Guna Dawai Spring Mr.Diy)

1 thought on “DIY KIPAS SILING SLOW (Cara Lajukan Sejuk Kos Rendah)”

Leave a Comment