CARA TUKAR PLUG SOKET TERBAKAR HANGUS (Bahaya Jika Biarkan)

CARA TUKAR PLUG SOKET TERBAKAR HANGUS (Bahaya Jika Biarkan)

CARA TUKAR PLUG

Kebiasaannya di rumah kita penggunaan alatan atau perkakas eletrik sudah menjadi kebiasaan dalam melakukan rutin harian seperti penggunaan televisyen, lampu, mesin basuh, peti sejuk, dan sebagainya. Dan ini pasti memerlukan plug yang banyak di rumah supaya setiap perkakas atau alatan tersebut boleh digunakan.

Kemungkinan kerosakan yang selalu berlaku pada soket tersebut adalah terkeluar dari dinding atau terbakar hangus. Untuk memanggil orang menukarnya semestinya memerlukan kos. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY tukar plug soket tersebut, semoga membantu.

 

BAHAN DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan bahan-bahan yang diperlukan terlebih dasahulu seperti:

  1. Plug soket baharu
  2. Screewdriver

 

CARA DIY TUKAR SOKET PLUG

Untuk menukar soket plug tersebut, pastikan anda ikuti langkah-langkah seperti berikut:

  1. Pastikan anda tutupkan terlebih dahulu arus elektrik pada soket tersebut di pemutus litar di DB box.
  2. Kemudian tanggal kan soket plug yang terbakar tersebut
  3. Seterusnya semasa memasang soket plug yang baru tersebut, pastikn wayar dimasukkan pada lubang terminal skreew yng betul
    • Tanda L (Life) untuk wayar merah atau coklat atau kuning
    • Tanda N (Neutral) untuk wayar hitam atau biru
    • Tanda E (Earth) untuk wayar hijau
  4. Setelah siap pasangkan wayar tersebut, pasangkan soket plug tersebut di tempat asal dan skrukan dengan kemas.
  5. Selesai, anda boleh bukan kembali arus elektrik pada soket tersebut di DB box.

 

TIP ELAK SOKET ELEKTRIK DARI MUDAH TERBAKAR

Berikut adalah merupakan beberapa tips penjagaan soket di rumah anda supaya tidak terbakar, antaranya:

  1. Jangan sesekali menggunakan extension untuk penggunaan baranagn elektrik yang berkuasa tinggi. Extension tidak sesuai untuk bebanan yang tinggi
  2. Elakkan gunakan double socket untuk kegunaan peralatan elektrik berkuasa tinggi secara serentak. Ini kerana jika digunakan secara serentak, lama kelamaan akan overheating dan menyebabkan socket rosak dan ada kemungkinan terbakar seperti extension jugak.
  3. .Sistem pendaiwaian di rumah digunakan wayar yang berkualiti iaitu dengan menggunakan saiz wayar yang lebih besar/tebal supaya lebih selamat.

 

ARTIKEL LAIN

DIY KIPAS SILING SLOW (Cara Lajukan Sejuk Kos Rendah)

1 thought on “CARA TUKAR PLUG SOKET TERBAKAR HANGUS (Bahaya Jika Biarkan)”

Leave a Comment