CARA HILANGKAN KULAT DINDING LANTAI RUMAH (Bilik Air Karpet Jubin)

CARA HILANGKAN KULAT DINDING LANTAI RUMAH (Bilik Air Karpet Jubin)

CARA HILANGKAN KULAT DINDING

Pasti kebiasaannya akan terjadi di dinding, lantai atau rumah anda terdapat tompok-tompok hitam atau sinonim dipanggil kulat. Sudah tentunya tidak sedap mata untuk memandang kan. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY untuk hilangkan kulat tersebut pada dinding, semoga membantu.

 

APA ITU KULAT

Kulat merupakan sebahagian daripada kumpulan organisma yang dikenali sebagai fungi. Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk dan warna dan kebiasannya ialah hijau, kelabu dan hitam. Spora kulat ini pula boleh membiak dalam keadaan lembap dan basah serta hidup dengan mendapatkan protein daripada kayu, barangan kulit, siling dan dinding.

 

JENIS KULAT DINDING

Berikut adalah merupakan antara jenis kulat yang biasa dijumpai di dinding rumah iaitu:

JENIS KULATKETERANGAN
AspergillusMerupakan spesies yang biasa dijumpai di dalam makanan atau di dalam sistem penghawa dingin
CladosporiumBerwarna hijau, hitam dan tumbuh di kawasan seperti di belakang tandas, kawasan yang dicat, dan juga di saluran udara
Stachybotrys AtraDikenali sebagai kulat hitam beracun boleh mendatangkan kesan kesihatan yang serius seperti batuk yang teruk, ruam, bersin, iritasi dan sakit kepala

 

BAHAN YANG DIPERLUKAN

Pastikan anda sediakan bahan yang diperlukan seperti berikut terlebih dahulu:

  • Sarung tangan getah
  • Berus
  • Vakum dengan set berus
  • Mop
  • Span
  • Pembersih kulat dan kulapuk
  • Cecair peluntur nyahkuman
  • Penggilap perabot atau furniture polish

 

CARA DIY HILANGKAN KULAT

Setelah anda sediakan bahan yang diperlukan, berikut adalah merupakan cara untuk hilangkan kulat iaitu:

PERMUKAANLANGKAH-LANGKAH
Tirai
  1. Sediakan 4 liter air panas dan 1/2 cawan cecair nyahkuman sebelum membasuh tirai.
  2. Seterusnya, cuci tirai dengan menggunakan campuran 1 cawan garam dan jus lemon kemudian bilas dengan air panas.
  3. Basuh dengan cecair pencuci dan peluntur.
  4. Akhir sekali, bilas sekali lagi dengan air dan keringkan tirai sebelum meletakkannya kembali.
Dinding
  1. Sediakan campuran cuka dan air. Nisbah cuka dan air mesti sama (1 : 1)
  2. Gunakan kain yang direndam dalam campuran cuka dan air, lalu lap pada kawasan yang terjejas sehingga bersih.
Perabot kayu
  1. Bawa perabot ke luar rumah bagi mengelakkan spora merebak ke dalam rumah.
  2. Gunakan vakum (dengan set berus) untuk membersihkan kawasan yang dijangkiti dengan kulat.
  3. Lap perabot untuk membuang sebarang kotoran lain.
  4. Keringkannya di bawah cahaya matahari dan siap!
Karpet
  1. Vakum kawasan yang telah dijangkiti untuk membuang kulapuk.
  2. Campurkan 1 sudu makan cecair pencuci dengan 2 cawan air sejuk.
  3. Dengan menggunakan kain lembap, lap kawasan yang terjejas dengan menggunakan campuran tadi. Lap perlahan-lahan, dan jangan sental atau berus terlalu kuat.
  4. Ulang langkah tersebut sehingga kotoran tersebut hilang. Bilas dengan air yang bersih.
  5. Keringkan kawasan tersebut sebelum menggunakannya kembali
Fabrik
  1. Bawa barangan tersebut ke luar rumah dan berus kulat tersebut.
  2. Bergantung kepada jenis fabrik anda, sekiranya boleh dibasuh, basuh dengan suhu air paling panas yang boleh digunakan dan jangan lupa untuk tambahkan produk nyahkuman bagi membuang kulapuk.
  3. Bagi kesan kotoran yang degil, campurkan peluntur oksigen dan air di dalam baldi serta rendam fabrik tersebut sekurang-kurangnya 8 jam. (Nota: hanya boleh digunakan pada fabrik yang boleh dibasuh dan tidak mudah luntur)
Jubin dan turap
  1. Campurkan 1 bahagian peluntur dengan 16 bahagian air. Gunakan span yang bersih dan gunakan campuran tersebut di kawasan yang terjejas.
  2. Biarkan selama 15 minit sebelum anda menyental permukaan tersebut.
  3. Bilaskan dengan air dan lap dengan tuala. Pastikan semua tingkap dan pintu terbuka sehingga semua permukaan kering.

 

CARA UNTUK MEMBASMI KULAT

Anda boleh menggunakan beberapa jenis produk (organik dan bukan organik) untuk membasmi kulat. Anataranya adalah seperti berikut:

PRODUKCARA GUNA
Peluntur KlorinBahan pencuci ini bukan sahaja mudah berkesan untuk memberishkan rumah, malah boleh digunakan untuk menghapuskan kulat dan membuang warna kotor yang disebabkan oleh kulat. Oleh kerana ia terlalu kuat dan boleh menghakis sesetengah permukaan, jangan lupa untuk membancuh dengan air terlebih dahulu sebelum menggunakannya
Hydrogen Peroksida atau Hydrogen peroxideWalaupun ia lebih lembut berbanding dengan peluntur, hydrogen peroksida juga tetap berkesan. Kekurangannya berbanding peluntur ialah ia memakan masa yang lebih lama namun sekurang-kurangnya anda tidak perlu menghidu bau toksik dan kesannya juga lebih selamat bagi permukaan perabot.
Cuka putih yang disulingBoleh membersihkan keluli tahan karat dan membuang minyak, dan kotoran. Ia boleh memecahkan struktur kulat dan membunuhnya. Ia merupakan salah satu pilihan bukan toksik yang boleh digunakan tetapi perlu diingatkan, bahawa ia hanya berkesan bagi membunuh kulat, dan tidak akan menanggalkan kotoran. Anda mungkin boleh menggunakan bahan pencuci yang lain bersama dengan cuka ini bagi memastikan ia benar-benar bersih.
Baking soda (soda penaik dan borax)Kedua-dua bahan ini, baking soda (sodium bikarbonat) dan borax mempunyai nilai pH yang tinggi yang boleh membantutkan pertumbuhan kulat. Anda hanya perlu campurkan kedua-dua bahan ini dan masalah kulat akan hilang dalam sekelip mata.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DIY ELAK KUCING BERAK DI LAMAN RUMAH (Murah & Berkesan)

3 thoughts on “CARA HILANGKAN KULAT DINDING LANTAI RUMAH (Bilik Air Karpet Jubin)”

Leave a Comment