CARA CUCI TILAM (Kena ‘Deep Clean’ Baru Bersih)

CARA CUCI TILAM (Kena ‘Deep Clean’ Baru Bersih)

CARA CUCI TILAM

Seperti kebiasaanya, anda akan seringkali menukar dan mencuci cadar katil dan sarung bantal secara berkala. Ini adalah sebagai langkah penjagaan kebersihan terutama kepada anak-anak anda. Tetapi walaupun anda seiringkali tukar, tahukah anda bahawa habuk dan hama menjadi penyebab anak-anak selalu sakit. Ini kerana tilam anda tidak dibersihkan.

Ini kerana tilam terlalu besar dan juga berat. Jangan bimbang, disini kami kongsikan kepada anda cara DIY untuk cuci tilam dengan mudah, semoga membantu.

 

TEMPOH YANG SESUAI UNTUK CUCI TILAM

Antara tempoh yang sesuai untuk anda mencuci tilam adalah:

  • Sekurang-kurangnya 4 bulan sekali
  • Sekiranya ade ahli keluarga yang demam atau sakit
  • Sekiranya terdapat kotoran najis

 

BAHAN DIPERLUKAN UNTUK CUCI TILAM

Pastikan anda sediakan bahan-bahan diperlukan terlebih dahulu bagi memudahkan urursan anda:

  • Vacuum
  • Baking soda
  • Cuka
  • Dettol

 

CARA DIY CUCI TILAM

Setelah anda sediakan bahan-bahan diperlukan, berikut adalah cara DIY untuk bersihkan tilam anda:

Langkah 1:

  • Sebagai permulaan anda hendaklah vacuum tilam anda dengan mengguna kepala vakum yang kecik muncung tirus (pastikan tidak diguna untuk vacum lantai)

Langkah 2:

  • Setelah selesai vacuum Hilangkan stain dekat tilam. Untuk hilangkannya, anda boleh taburkan baking soda, sembur dengan cuka biarkan seketika, gosok dengan kain (anda boleh skip step ni sekiranya tilam tak kotor)
  • Tabur baking soda biarkan dlm 4-6 jam untuk serap moisture n odour

Langkah 3:

  • Sekiranya terledapat lebihan baking soda, vacumkan lebihan tersebut. Kemudian Spraykan tilam anda dengan bancuhan dettol dan air
  • Keringkan tilam anda dengan anginkan tilam dengan bukak tingkap semua atau kipas dalam beberapa.
  • Setelah kering, anda boleh gunakan tilam anda. Selesai.

 

CARA DIY CUCI TILAM KENA AIR KENCING

Sekiranya tilam anda kena air kencing, pastikan anda lakukan cara berikut supaya menghilangkan baunya agar kembali segar, iaitu.

Langkah 1:

Pastikan anda sediakan bahan-bahan seperti berikut:

  • Sabung Pencuci
  • Cuka
  • Soda Penaik
  • Hidrogen Peroksida (boleh dibeli di Farmasi)
  • Cecair cuci pinggan
  • Pati minyak aromaterapi

Langkah 2:

  • Pastikan anda bertindak membersihkan tilam ini secepat yang mungkin. Ini kerana, kita ingin menghalang air kencing tersebut daripada menyerap dengan cepat ke dalam lapisan tilam. Makin banyak ia menyerap, makin susahlah baunya dihilangkan.
  • Ada 2 perkara yang perlu anda lakukan dengan pantas:
    • Buka cadar dan alihkan segala bantal/selimut yang terkena kencing.
    • Ambil kain kering atau tisu dan serapkan sebanyak mungkin air kencing yang masih tinggal.

Langkah 3:

  • Ambil sabun pencuci dan ratakan ke bahagian yang terkena kencing. Kemudian serapkan kembali menggunakan tuala kering. Tekan dengan kuat untuk menyerap lebih banyak lembapan.
  • Untuk kesan terbaik, gunakan sabun pencuci berasaskan enzim. Ia akan menguraikan asid urik yang menjadi punca kesan kotoran dan juga bau hancing.

Langkah 4:

  • Anda juga boleh boleh cuba menggunakan cuka sebagai alternatif kepada sabun untuk mengembalikan kesegarannya.
  • Ambil cuka putih (white distilled vinegar) yang biasa digunakan di dapur. Tekapkan cuka ini pada kain dan kesatkan pada tompokan air kencing selama 10-15 minit.
  • Cuka mempunyai tahap keasidan yang sesuai untuk membunuh kulat, bakteria, dan kuman. Ini semestinya akan membantu menghilangkan bau hancing dengan lebih berkesan.

CARA DIY CUCI TILAM KENA AIR KENCING

Langkah 5:

  • Selepas mencuci dengan cuka atau sabun, taburkan soda penaik (‘baking soda’) atau soda bikarbonat pada tompokan air kencing tersebut. Lebih banyak lebih bagus kerana ia akan ‘menarik’ bau dan kotoran yang masih tertinggal.
  • Biarkan sehingga kering. Lebih ideal jika dibiarkan semalaman. Berus atau vakum selepas kering.

Langkah 6:

  • Hidrogen peroksida adalah sebuah larutan antibakteria dan ia boleh didapati di farmasi biasa seperti Guardian. Ia adalah salah satu formula utama bagi penghilang kotoran, kesan kekuningan dan bau hancing yang amat berkesan dan telah dicuba ramai.
  • Bahan-bahannya adalah seperti berikut berikut:
    • 8oz hidrogen peroksida
    • 3 sudu besar ‘baking soda’
    • setitik sabun pencuci pinggan
  • Campurkan hingga ‘baking soda’ melarut dan masukkan ke dalam botol ‘spray’ yang kosong. Semburkan ke tompokan air kecing dan biarkan ia mengering.
  • Selepas kering sepenuhnya, gunakan vakum untuk menyedut habuk atau kesan ‘baking soda’ yang tertinggal.

Langkah 7:

  • Setelah mencuci dan membersihkan kesan air kencing pada tilam, cuba keringkan tilam tersebut di bawah sinaran matahari.
  • Jika tak mampu berbuat demikian, pastikan anda memasang kipas dan buka tingkap supaya udara dapat mengalir dengan lebih efisyen. Sedikit sebanyak proses ini akan mambantu tilam anda agar betul-betul kering.
  • Jangan lupa untuk memeriksa bahagian bawah tilam untuk mengesan sama ada tompokan tersebut tembus pada bahagian tersebut. Ramai yang tidak perasan dan terlupa membersihkan bahagian bawah tilam – ia akan menyebabkan tilam kembali berbau hancing selepas beberapa hari.

Langkah 8:

  • Untuk menambah bauan segar pada tilam anda, bolehlah menambahkan 4-5 titisan pati minyak aromaterapi seperti lavender. Kalau tiada, gunakan penyegar bauan biasa seperti Febreze.
  • Sebenarnya, anda boleh juga menitiskan minyak ini ke dalam soda penaik yang akan ditaburkan pada tilam tersebut. Caranya, titiskan minyak aromaterapi tersebut ke dalam bekas berisi soda penaik. Goncangkan hingga sebati dan taburkan pada kesan tompokan air kencing. Biarkan selama 10 minit dan vakumkan hingga bersih.
  • Langkah ini juga boleh dilakukan untuk membuang bau hapak atau menyegarkan tilam anda, walaupun tidak terkena kencing.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DIY DAPUR BERSIH BERKILAT (Guna Baking Soda & Garam)

1 thought on “CARA CUCI TILAM (Kena ‘Deep Clean’ Baru Bersih)”

Leave a Comment