CARA BUAT KOLAM RENANG UNTUK ANAK-ANAK (Murah & Mudah Urus)

CARA BUAT KOLAM RENANG UNTUK ANAK-ANAK (Murah & Mudah Urus)

CARA BUAT KOLAM RENANG

Sekiranya anda mempunyai laman tanah lebih di halaman rumah,  sangat menarik untuk buat swimming pool seperti ini sekali dengan mak ayah boleh mandi sekali dengan anak-anak.

Kepada anda yang ingin DIY kolam renang tersebut, semestinya anda membuat pilihan kolam yang murah dan senang untuk di uruskan. Di sini kami akan kongsikan kepada anda cara untuk buat kolam renang yang menjimatkan, semoga membantu.

 

KOS DIY KOLAM RENANG

Untuk makluma n anda, kadar kos pembuatan sesuatu kolam adalah flexible kerana bergantung kepada keluasan kolam yang anda ingin dan bahan yang anda gunakan serta kadar harga barangan mengikut harga semasa.   Tetapi melalui artikel ini kami kongsikan kadar kos sekitar bawah RM2,000.

 

BAHAN-BAHAN DIPERLUKAN

Pastikan anda menyediakan barang keperluan asas untuk membuat kolam renang ini iaitu:

  1. Batu kerikil
  2. Simen
  3. Mozek
  4. Alat pengorek tanah
  5. Besi
  6. Cat
  7. Alat-alat paip

 

CARA DIY KOLAM RENANG

Kepada anda yang ingin DIY cara buat kolam renang, berikut adalah merupakan caranya:

LANGKAH-LANGKAHGAMBAR
Proses Korek Tanah

Kenalpasti kawasan tanah yang bersesuaian untuk dibuat kolam dan keluasan kolam yang di inginkan. Setelah mula tnda kawasan tersebut, proses mengorek tanah akan dilakukan mengikut kedalaman yang anda inginkan.

CARA BUAT KOLAM RENANG
Letakkan batu Kerikil

Setelah selesai megorek, letakkan kerikil atau batu kasaran di dalam kolam tersebut. Kemudian bukan satu lubang untuk memudahkan air dapat dikeluarkan dari kolam renang tersebut

CARA BUAT KOLAM RENANG
Letakkan Besi Kerangka

Kemudian uat rangka besi yang berukuran 3×2 disusun dan diletakkan terlebih dahulu sebelum menyambung membuat konkrit.

CARA BUAT KOLAM RENANG
Pemasangan Paip Saluran

Seterusnya pemasangan sistem saluran paip untuk kemasukan air dan pengeluaran air di kolam renang ini termasuk pemasangan water pump untuk air terjun dan juga air pancut. Dah siap pemasangan bata, sambung pula untuk plaster simen di sekeliling kolam ini.

CARA BUAT KOLAM RENANG
Proses Pemasangan Mozek

Setelah konkrit kering, anda boleh mencuci kolam tersebut terlebih dahulu. Setelah selesai mencuci, anda boleh menyambung untuk pemasangan tile (mozek) dan menggunakan sika top seal bagi tujuan waterproof pada dasar permukaan lantai konkrit.

Proses Mengecat

Setelah siap pemasangan tile, langkah terakhirnya adalah proses mengecat. Anda boleh mengecat menggunakan dengan cat jenis epoxy. 4 liter base dan 1 liter hardener. Aetelah kering cat tersebut,  proses kerja pembinaan kolam selesai. Anda boleh masukkan air dan bersihkan terlebih dahulu baru boleh siap untuk  digunakan.

 

ARTIKEL LAIN

CARA PLAN IDEA BUAT AWNING RUMAH (Jenis & Harga)

1 thought on “CARA BUAT KOLAM RENANG UNTUK ANAK-ANAK (Murah & Mudah Urus)”

Leave a Comment