CARA BASUH SENDIRI COMFORTER TOTO GUNA MESIN BASUH DI RUMAH

CARA BASUH SENDIRI COMFORTER TOTO GUNA MESIN BASUH DI RUMAH

CARA BASUH COMFORTER TOTO

Kebiasaanya jika anda ingin membasuh toto, selimut besar atau comforter  semestinya akan membawanya di dobi. Ini kerana jika membasuh sendiri agak susah nak dimuatkan dam tab mesin basuh dan selepas siap basuh akan menjadi sedikit rosak seperti span jadi nipis atau hancur.

Sebenarnya anda tidak boleh mencampak begitu sahaja ke dalam mesin, keranaterdapat cara yang betul untuk membasuh toto dan comforter ini dengan cara yang mudah dan tidak merosakkannya. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara DIY basuh cara yang betul guna mesin basuh, semoga membantu.

 

PUNCA COMFOTER TOTO MUDAH ROSAK SELEPAS DIBASUH

Berikut adalah merupakan antara punca yang diketahui kenapa sering rosak selepas dibasuh

  1. Produk kurang berkualiti dari segi material kain.
  2. Basuh dengan cara yang salah. Pakai sumbat je dalam mesin basuh. Cara yang betul selimut mesti digulung dahulu dan masukkan ke dalam mesin basuh secara menegak.

 

PANDUAN UNTUK BASUH COMFORTER TOTO GUNA MESIN BASUH

Berikut adalah merupakan sedikit panduan kepada anda sekiranya untuk membasuh toto atau comforter menggunakan mesin basuh, pastikan anda:

  1. Gunakan sabun jenis cecair. Elakkan penggunaan sabun jenis serbuk atau debu kerana ianya akan melekat pada toto atau comforter tersebut.
  2. Sebaiknya meletakkan sabun cecair itu lebih sedikit
  3. Jika ada sebarang najis atau kotoran kasar, anda hendaklah membersihakan terlebih dahulu dan kemudiannya baru boleh masuk ke dalam mesin kerana cuciannya adalah minor sahaja
  4. Sekiranya anda menggunakan cadar patchwork juga boleh menggunakan kaedah ini

 

CARA DIY BASUH COMFORTER TOTO

Untuk membasuh sendiri ini hanyalah pembasuhan secara minor sahaja. Jika ada kotoran besar anda hendaklah basuhkan dan bersihkan terlebih dahulu kemudian baru ikuti cara ini:

  1. Lipat dan gulungkan toto atau comforter tersebut mengikut keluasan tab mesin basuh anda
  2. Pastikan toto atau comforter yang telah digulung tersebut dimasukkan secara menegak
  3. Letak bahagian kotor dibahagian luar gulungan untuk pembersihan lebih efektif.
  4. Kemudian anda boleh mulakan proses pembasuhan tersebut
  5. Tapi perlu di ingatkan bahawa anda disyorkan menggunakan sabun pembasuh jenis cecair, elakkan menggunakan sabun debu kerana ianya akan melekat pada toto atau comforter tersebut.

 

ARTIKEL LAIN

CARA DIY BENTENG AIR FLOOD BARRIER (Kurangkan Kesan Air Banjir Masuk Rumah)

1 thought on “CARA BASUH SENDIRI COMFORTER TOTO GUNA MESIN BASUH DI RUMAH”

Leave a Comment