CARA BAIKI SENDIRI CERMIN RETAK CRACK (Senang & Murah)

CARA BAIKI SENDIRI CERMIN RETAK CRACK (Senang & Murah)

BAIKI CERMIN RETAK CRACK

Kejadian yang tidak diingini seperti cermin kenderaan retak memang tak boleh dijangkakan. Masa anda tengah elok memandu, boleh jadi tiba-tiba cermin terkena lontaran batu sehingga retak. Semestinya keretakan ini akan mengganggu penglihatan anda semasa memandu.

Walaupun retakan hanya kecil, tetapi sekiranya dibiarkan terlalu lama kerana ia mungkin merebak menjadi lebih besar. Bahkan ia juga boleh menyebabkan risiko cermin pecah ketika anda memandu. Untuk menukar cermin yang baru memerlukan kos yang tinggi. Disini kami kongsikan kepada anda cara baiki DIY cermin retak crak dengan senang dan menjimatkan, semoga membantu.

 

PUNCA CERMIN KENDERAAN RETAK 

Berikut adalah antara yang menyebabkan cermin kenderaan anda retak:

  1. Cermin kereta retak kena percikan batu atau sebagainya
  2. Cermin kereta retak sendiri
  3. Cermin Tidak Berkualiti
  4. Jalan Berbatu
  5. Lori dan Kenderaan Berat
  6. Perubahan Suhu

 

TINDAKAN SEKIRANYA CERMIN RETAK

Anda haruslah mengambil langkah awal supaya dapat mengelakkan :

  • Cermin retak kecil menjadi cermin kereta retak panjang.
  • Kos dapat dikurangkan seminimum mungkin.
  • Tidak perlu membuat tukar kepada cermin kereta baru.

 

BAHAN DIPERLUKAN BAIKI CERMIN RETAK

Untuk DIY cermin retak, pastikan anda sediakan produk untuk cermin retak iaitu Winshield Repair Kit

 

CARA DIY BAIKI REPAIR CERMIN RETAK / CRACK

Untuk repair cermin retak,berikut adalah merupakan caranya:

  1. Kenal pasti jenis retak untuk tahu crack dari dalam atau luar.
  2. Pertama sekali anda kena bersihkan kawasan yang retak. Gunakan kain mikrofiber dan buang serpihan kecil menggunakan jarum peniti atau juga pengepit kecil. Pastikan ia menjadi serata yang mungkin.
  3. Ambil resin dan titas pada cotton swab.
  4. Ratakan pada tempat dan ulang langkah 2 dan 3 sehingga selesai.
  5. Semasa meratakan resin sudah nampak perbezaan dan tampal curing tab sepanjang bahagian cermin yang retak.
  6. Dah siap, biarkan ia di bawah cahaya matahari selama 15 hingga 20 minit atau sehingga kering
  7. Bila dah kering cabut curing tab dan kikis menggunakan razor blade.
  8. Akhir sekali, Lapkan sehingga bersih dan siap. Selesai

 

ARTIKEL LAIN

CARA CUCI SEAT KERETA (Bersihkan Kotoran Modal Rendah)

Leave a Comment