AIR SELANGOR LOGIN airselangor.com(Lupa Username Password Reset Semula)
Kepada anda yang berada di Negeri Selangor, kini urusan anda berkaitan air Selengor lebih mudah dan cepat secara online dengan menerusi laman web Air Selangor. Disini kami akan kongsikan kepada anda cara login Portal Pelanggan Air Selangor(airselangor.com), semoga membantu.
APA ITU PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR
Portal Pelanggan Air Selangor adalah akaun pelanggan Air Selangor yang berdaftar pada Aplikasi dan Portal Pelanggan Air Selangor bagi kemudahan dalam talian yang disediakan. Hanya SATU ID sah (alamat emel) untuk SATU akaun Aplikasi dan Portal Pelanggan Air Selangor dan setiap akaun hanya dibenarkan berpaut kepada SATU nombor telefon bimbit yang unik
PERKHIDMATAN PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR
Berikut adalah merupakan perkhidmatan tersedia melalui portal ini mengikut katagori pengguna:
- Pengguna berdaftar:
- Pengurusan Akaun
- Bil dan Bayaran
- Mengesan Penggunaan Bulanan
- Aduan dan Pertanyaan
- Maklumat Perkhidmatan
- Pengguna tidak berdaftar:
- Aduan atau Pertanyaan
- Pembayaran Bil
CARA DAFTAR PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR
Kepada anda pengguna kali pertma, berikut adalah merupakan cara pendaftaran iaitu:
- Layari pautan Air Selangor dan klik pada Sign Up.
- Masukkan segala maklumat yang diperlukan pada ruanagn yang tersedia.
- Setelah lengkap klik pada Register. Kemudian, tekan butang Sign Up.
- Tekan butang Agree untuk teruskan proses dan cara daftar Syabas
- Anda akan mendapat SMS ke telefon pintar anda yang mengandungi kod 6 digit. Masukkan kod tersebut dalam ruangan kotak Profile Verification yang tertera. Kemudian, tekan butang Confirm.
- Pendaftaran anda berjaya
CARA LOGIN PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR(airselangor.com)
Sekiranya anda sudah berdaftar dengan Air Selangor, berikut ialah cara untuk log masuk web Air Selangor online.
- Layari pautan Air Selangor
- Masukkan Emel dan kata Laluan anda
- Seterusnya tekan butang Log Masuk
- Selesai, anda telah berjaya akses akaun portal air selangor anda
CARA RESET PASSWORD PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR
Sekirnya anda terlupa kata laluan anda, berikut adalah merupakan cara reset kembali iaitu:
- Layari pautan Air Selangor
- Klik pada Lupa Kata Laluan
- Pilih sama ada anda ingin guna No telefon atau email
- Kata Laluan Sementara akan dihantar melalui email atau no telefon anda.
- Anda perlu menetapkan Kata Laluan Baharu selepas log masuk.
TERLUPA EMAIL PORTAL PELANGGAN AIR SELANGOR
Anda boleh mendapatkan semula emel berdaftar anda dengan menghantarkan Pertanyaan melalui Help Centre. Sila ikuti langkah-langkah berikut untuk bantuan:
- Layari Portal Air Selangor
- Pergi ke Help Centre
- Pilih Pertanyaan
- Pilih Kategori yang berkaitan (About This Portal)
- Masukkan Penerangan Pertanyaan Anda (sila sertakan nama dan nombor telefon bimbit yang anda daftarkan dengan kami)
- Muat naik lampiran/foto (jika ada)
- Hantar Pertanyaan
MAKLUMAT LANJUT
Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Portal Pelanggan Air Selangor, anda boleh melayari portal rasmi Air Selangor
ARTIKEL LAIN: