CARA CUT GULA SIMPLE SENANG DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN(Kesan Lebih Sihat & Jauhi Penyakit)
Semestinya dalam setiap hidangan makanan dan minuman akan menggunakan gula untuk melengkapkan kenitmatan hidangan tersebut. Kebiasaan ini menjadikan kita alpa atau memandang remeh tentang kadar pengambilan gula dalam kehidupan seharian. Kepada anda yang ingin mengamalkan gaya hidup sihat, seharusnya mengetahui amalan cara cut gula dalam kehidupan. Disini kami akan kongsikan kepada anda, semoga membantu.
CARA KURANGKAN GULA DALAM KEHIDUPAN
Berikut adalah merupakan beberapa langkah bagi kurang atau cut pengambilan gula seharian iaitu:
- Kurangkan pengambilan nasi.
- Berhenti minum air berkarbonat.
- Baca label makanan untuk mengetahui kadar kandungan gula
- Memilih makanan ahrian yang kandungan kurang gula seperti nasi beras perang dan roti mil penuh
- Amalkan minuman tanpa gula
- Banyakkan makan buah-buahan.
- Kurangkan kuatiti gula dalam setiap masakan
KESAN AMALAN KURANGKAN GULA DALAM KEHIDUPAN
Berikut adalah merupakan beberapa kesan awal yang anda alami jika amalkan pengurangan gula iaitu:
Perubahan deria rasa | Pada peringkat awal, lidah anda akan bertukar deria rasa menjadi rasa pahit sikit atau payau dan rasa macam nak loya. Ianya akan kembali normal selepas 3 hari dan seterusnya deria rasa akan kembali normal seperti biasa. |
Selera pada gula akan berkurangan | Insulian akan mula menurun dan pankreas akan kurang bekerja. Selera kepada gula akan makin berkurang. Deria rasa anda akan kembali normal selepas 5 hari |
Sering Rasa lapar | Pada peringkat awal anda akan rasa sering kelapaan. Ianya akan kembali normal selepas hari ke 5 kerana gula sudah mula stabil dalam badan. |
Lemak badan digunakan | Glukos berlebihan yang tersimpan selama ini akan digunakan. Hari ke-4 atau hari ke-5, lemak akan mula turun. |
Hilang banyak air | Kemungkinan badan anda akan kehilangkan banyak air bila kita tak ambil gula. Pengambilan gula akan membuat kita kerap kencing, kulit menjadi kering. Oleh itu, gantikan sahaja dengan meminum air kosong. |
Kulit muka akan berseri | Kulit akan menjadi berseri bila diet dengan cara yang betul. Elakkan guna susu dari sumber haiwan (isu hormon) dan Low Fat Milk (tinggi gula tersembunyi). |
Perubahan mood | Mungkin akan mengalami kemurungan pada awal fasa tidak mengambil gula. Selepas itu, mood akan menjadi lebih baik. Makin gembira dan tenang sahaja, malah dapat menghilangkan depression dalam diri. |
Kurang Penyakit | Badan akan rasa kurang sakit. Sakit-sakit badan dan sendi akan makin berkurang. Banyak penyakit akan hilang. |
Imuniti badan tinggi | Tahap imuniti badan akan meningkat dan lebih kuat untuk melawan serangan penyakit. |
Kesihatan mental semakin baik | Masalah GERD, anxiety dan depression akan berkurangan. Tahap kesihatan mental kita akan menjadi semakin baik dan tenang. |
ARTIKEL LAIN: