CARA PLAN IDEA BUAT AWNING RUMAH (Jenis & Harga)
Kepada anda yang mempunyai perancangan ingin memasang awning dirumah anda, semestinya anda ingin mengetahui jenis awning yang sesuai serta harganya. Disini kami akan kongsikan jenis awning dan harga bagi sekaki, semoga membantu.
APA ITU AWNING
Maksud perkataan awning adalah pelindung tambahan yang berfungsi untuk melindungi kawasan rumah seperti atap, sengkuap, penutup pada tingkap, pintu dan lain-lain bagi mengelakkan hujan atau matahari.
TUJUAN PASANG AWNING RUMAH
Cuaca panas dan hujan yang tak menentu di negara ini akan menyebabkan kebanyakannya memilih untuk memasang awning sama ada di hadapan atau belakang rumah kerana mudah untuk menjemur baju, parking kereta, berteduh dan sebaginya.
Awning ini juga membantu menurunkan suhu di dalam rumah dengan mengurangkan silau langsung dari matahari, di samping menjimatkan kos bil elektrik (tak perlulah anda menggunakan terlalu banyak penghawa dingin).
JENIS AWNING RUMAH
Berikut adalah merupakan antara jenis awning yang tersedia iaitu:
JENIS | KELEBIHAN |
Aluminium | Aluminium mempunyai ketahanan yang lama serta mempunyai kualitinya yang tinggi. Ada yang jenis melengkung, rata atau berongga. Selain tebal, ia juga kukuh nak hadap bahang matahari atau curahan air hujan. Aluminium Composite Panel antara yang terkenal kerana mempunyai banyak warna, design dan berkualiti tinggi. |
Pergola | Besi dengan sedikit kombinasi polycarbonate atau plastik dalam pergola yang menyerupai kayu dan antara faktor kenapa pergola menjadi trend masyarakat di Malaysia walaupun design dia cuma leper. |
Polycarbonated | Kelebihan polycarbonated awning adalah ia jernih dan cahaya boleh menembusi. Ianya ringan dan transparent serta tiada bunyi bising semasa hujan lebat. Polycarbonated juga tahan lasak dengan suhu paling tinggi dan paling rendah. Boleh guna sehingga 10 tahun bergantung pada jenis sama ada solid atau emboss. |
Metal Deck | Metal deck mempunyai pelbagai pilihan warna serta mempunyai harga yang murah. Walaubagaimanapun ianya tidaklah begitu kukuh dan juga mengeluarkan bunyi yang bising ketika hujan lebat. |
Polyurethane Foam Roof (PU Foam) | Ia mempunyai pelbagai jenis kombinasi seperti PU PVC, PU Metal serta PU Aluminium. Jenis ini kurang sikit bising semasa hujan berbanding dengan metal deck biasa. |
Polycarbonate | Polycarbonate mempunyai 2 jenis iaitu jenis hollow dan solid. Ia diperbuat daripada plastik. Jangka hayat polycarbonate adalah lebih kurang 5 tahun. Apabila mula rosak, ia akan reput disebabkan oleh kesan UV dan jatuh sedikit demi sedikit. |
Fibre Simen | Ia adalah jenis bahan lama yang datang dalam kepingan yang besar. Kebaikannya adalah tidak bising semasa hujan tetapi apabila ditiup angin, akan terangkat sedikit demi sedikit kerana tukang menggunakan paku untuk memaku pada rangka kayu menyebabkan bahagian paku akan bocor. |
Kaca (Skylight) | Kaca jenis tempered biasanya digunakan jenis yang double layer. Ia dipasang kerana tuan rumah ingin menikmati kadar cahaya yang cukup, nampak lebih kelas serta boleh menikmati keadaan sekeliling yang indah. |
HARGA AWNING RUMAH
Berikut adalah merupakan kadar harga awning mengikut jenis iaitu:
JENIS | HARGA (Sekaki) |
Pergola | Bermula RM35 |
Aluminium | Bermula RM25 |
Polycarbonate | Bermula RM24 |
Kaca (Skylight) | Bermula RM40 |
Metal Deck | Bermula RM14 |
CARA KIRA HARGA AWNINGRUMAH
Untuk pengetahuan anda, jumlah kos akhir yang perlu anda bayar akan berbeza mengikut keluasan awning yang anda inginkan. Sebaiknya anda membuat dulu ukuran panjang dan lebar kawasan yang nak dipasang awning. Harga awning biasanya dikira ikut kaki persegi dengan kos jenis awning itu sendiri. Berikut adalah merupakan contoh pengiraan iaitu:
- Harga Awning (kaki) x Panjang Kawasan (kaki) x Lebar Kawasan (kaki)
- Contoh pengiraan: –
- RM 20 X (15 kaki x 20 kaki) = RM 15 X (300 kaki)
- Jumlah = RM4,500.00
CARA DIY PEMASANGAN AWNING RUMAH
Kepada anda yang ingin DIY, berikut adalah merupakan contoh DIY awning dan kos yang terlibat
Sebelum:
Selepas:
Bahan-bahan digunakan:
- 6 batang C Chanel
- 4 batang pattern
- 10 keping bumbung zink
- Mesin drill
- Bitumen tape
- Waterproofing sealants
Kos terlibat:
- Dengan hanya kos kira-kira RM650
ARTIKEL LAIN
CARA SAMBUNG WAYAR ELEKTRIK (Guna Terminal & Kode Warna Wiring)
1 thought on “CARA PLAN IDEA BUAT AWNING RUMAH (Jenis & Harga)”